Aku memang dari dulu nak komen pasal isu ni tapi keadaan tak mengizinkan. Antara sebabnya ialah aku selama ini tak pandai main blog. Baru tadi anak aku Ain tolong buatkan blog untuk aku.
Aku bukannya apa sangat tapi kadang-kala naik menyampah dengan perangai peminpin PKR terutamanya di Selangor; angkuh dan sombong. macam sikudung dapat cincin.
Aku nampak budak-budak reformis (Pak Din, Nasir Isa, Monasuffian, Azmi dan geng Masjid India macam Hairi {duda Nora} dan Syed) macam dipinggirkan. Contoh ketara ialah tak ada seorang pun reformis yang dilantik sebagai ahli Majlis. Tak layakke mereka ni. Bodoh sangat ke dia orang ni. Aku tengok orang-orang PKR pun ada yang setakat SRP (walaupun katanya mesti ada kelulusan minima iaitu Diploma). Kalau ada pun reformis yang jadi ahli Majlis, mereka dipilih kerana memegang jawatan parti. Setakat melalak dan bermandi air water cannon pergi mampuslah. Masuk lokap sendiri mau ingat. Pergi Mahkamah sendiri cari duit jamin. Kau orang ingat Tian Chua atau Gobi nak tolong. Dia orang tu standard dah tinggi; tak main dah tepi jalan (nanti kotor baju). Dia orang ni sejak masuk Parlimen kentut pun bertapis. Itukan protok namanya. Kau orang tunggulah PRU ke13 nanti.
Aku nampak senarai ahli Majlis pun macam-macam orang. Kau orang bayangkanlah, ada satu hamba Allah tu, dahlah ada sejarah pukul bini, makan rasuah dan UMNO totok, macam tak percaya aku nama (dan muka dia sekali) boleh keluar dalam akbar.
Yang seorang lagi tu kononnya menyambar sebagai wakil NGO, lepas buat perangai pulak.
Bekas MP Segambut (dari Gerakan) dipelawa tolong Negeri Selangor pasal tanah. Dah bebarapa bulan dia dilantik, tapi aku tak nampak pun kesan positif. Urusan di pejabat-pejabat tanah dalam negeri Selangor bukannya bertambah baik malah makin teruk. DI PTG Selangor (Shah Alam), aku ingat lebih teruk daripada pasar ikan.
Lama-lama aku terpikir jugak, agak-agaknya reformis ini (dan juga rakyat-rakyat marhaen lain) hanya diperlukan untuk memenuhkan Stadium Kelana Jaya (supaya Pakatan Rakyat nampak gah dalam akbar). Besuk Anwar jadi PM, Tian Chua dan Gobi jadi menteri, ke mana arah reformis?
Saturday, October 4, 2008
Subscribe to:
Posts (Atom)